Ok, entry aq pada kali ini pasal tanggungjawab.. Bagi pendapat aq, semua orang yang hidup kat dunia nie pasti ada tanggungjawab masing-masing yang perlu digalas.. Tak de sorang pon yang terkecuali, cuma semua orang mempunyai tanggungjawab yang berbeza.. Begitu juga aq, aq pown banyak tanggungjawab yang perlu aq laksanakan dan galas selagi aq diberi pinjaman nyawa oleh yang berkuasa untuk meneruskan kehidupan dimuka bumi ini. Jika aq tidak melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab ini, aq akan dipersoalkan di akhirat kelak. Antaranya ialah tanggungjawab aq sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang hamba Allah, seorang sahabat, seorang kakak, seorang rakyat Malaysia dan seangkatan dengannyalah.. Tapi hari ini aq bukan nak cerita semua sekali, sebab kalo semua sekali mau tak terdaya aq nak menaip. Aq just nak explain beberapa tanggungjawab sahaja.. Antaranya:
1. Tanggungjawab sebagai seorang anak
Sebagai seorang anak, aq kenalah sentiasa mentaati dan menghormati ibu bapaku. Selain itu, aq juga kenalah sentiasa menggembirakan kedua orang tuaku, tak de siapa yang sanggup tengok mak ayah dia orang bersedih. Samalah juga macam aq. Selain itu, aq juga perlulah sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kedua ibubapa ku. Aq pown kena penuhi segala harapan mak dan ayah aq.. Walaupun sebesar mana pon harapan dia orang, aq akan tetap berusaha untuk memenuhinya sebab kalo aq berjaya bukan sahaja mak ayah aq gembira, aq pon tumpang sekali.
2. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar
Sebagai seorang pelajar, aq kenalah sentiasa berusaha untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam setiap bidang aq ceburi.. Aq juga kenalah menghormati insan-insan yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada aq kerana jika tiada mereka, siapalah aq..
Sebagai seorang sahabat yang baik, aq kenalah menghargai kawan-kawan yang ada di sekeliling aq. Jika mereka mempunyai kekurangan, aq kenalah menegur dengan cara yang sepatutnya dan bukan cuba untuk merendahkan mereka kerana sahabat yang baik takkan membiarkan kawannya keseorangan .... Jika mereka bersedih, aq akan sentiasa berada di samping mereka dan menjadi pendengar yang setia untuk mereka jika mereka mempunyai masalah...
Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab yang berat kerana jika aq tak menjalankan tanggungjawab ini aq akan dipersoalkan di akhirat kelak.. Sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini, aq haruslah sentiasa mentaati perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Aq juga kenalah sentiasa berpesan-pesan dan seniasa ingat-peringatkan antara sesama hamba supaya tidak terpesong dari landasan yang betul..
Sekian sahaja entry aq pada kali ini
Sekian sahaja entry aq pada kali ini
No comments:
Post a Comment