Saturday, 26 October 2013

PLKN

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...



Ok, entry aq kali ni aq nak cerita pasal PLKN... Kebanyakkan orang bila dengar pasal PLKN nie, mesti cakap tak best la, letih la, penat la sebab banyak aktiviti, sebab banyak kawad la, macam-macam la alasan dia orang pasal kenapa dia orang tak suka kalau dapat masuk PLKN. Sama juga macam aq waktu mula dapat tahu aq dapat PLKN. Memang nak menangis jew rasa tapi apakan daya nama dah terpilih nak buat macam mana lagi sebab kalau nak tolak mesti kena ada alasan yang munasabah contonya macam sambung belajar, tapi kalau aq, takkan la aq tak nak masuk PLKN sebab aq tak minat. So, aq pown pergilah dengan terpaksanya.. Aq dapat PLKN dekat Kem PLKN Hijrah Penor, Pekan Pahang.


Tapi, setelah aq menjalani program latihan khidmat negara nie, aq rasa ruginya kalau sapa tak dapat PLKN dan aq rasa aq nak tabik jew dekat kerajaan sebab buat program macam untuk remaja-remaja sebab banyak benda aq belajar dekat sana, selain daripada dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Aq juga dapat ramai kawan-kawan baru.






Walaupun jadual kat PLKN tu padat tapi aq tak rasa penat pown sebab setiap masa aq dapat belajar sesuatu yang baru dan dapat buat benda yang aq tak pernah buat. Banyak aktiviti yang kita orang buat masa menjalani latihan khidmat negara ni. Antaranya:


1. Melepasi air dengan menggunakan tali


2. Memanjat tembok


3. Menembak


 4. Flying fox


Walaupun aktiviti ni mencabar, tapi aq suka sebab dapat menambahkan lagi kebernian aq dan mendisiplinkan aq. Pejam celik, pejam celik da tiga bulan aq menjalani latihan khidmat negara. Rasa sayang pula aq nak tinggalkan kawan-kawan dan cikgu aq kat PLKN uh.. Walaupun sedih, tapi kita orang kena berpisah, sebab setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Tapi tak semestinya berpisah takkan berhubung selamanya. Kita orang berhubung walaupun masing-masing dah jauh. Last day dekat kem PLKN, semua orang menangis termasuklah budak-budak lelaki sebab sedih nak berpisah ngan member... Walaupun pertemuan kita orang hanya singkat iaitu selama 3 bulan, tapi aq rasa satu kenangan yang cukup bermakna buat aq..

  


Begitulah kisah aq sebagai seorang pelatih di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


  Sekian sahaja entry aq pada kali ini. Wassalam




No comments:

Post a Comment