Assalamualaikum........
Selamat pagi semua....... baru-baru nie satu UKM tak de elektrik, aq tak pasti dalam pukul berapa tak de elektrik, tapi seingat- ingat aq dalam pukul 3 petang rasanya... waktu tu aq tengah sedap-sedap baring atas katil, tiba-tiba tak de elektrik, aq ingatkan sekejap je tak de elektrik, sebab kebiasaannya dekat blok aq tu selalu macam tu, tapi rupa-rupanya sangkaan aq meleset....... aq dapat tahu yang puncanya disebabkan oleh kerosakan suis utama yang berlaku di DECTAR. Waktu tu plak kawan bilik aq tak de kat bilik sebab dia balik rumah (ada hal peribadi), jadi aq tinggal sorang... tanpa fikir panjang aq terus kemas baju dan barang aq untuk menumpang di bilik kawan aq di blok a.... malam tu semua benda yang kita orang buat semua dalam gelap dan hanya ditemani cahaya sebatang lilin, baru la aq thu betapa susahnya hidup mereka yang serba kekurangan dimana rumah mereka tiada elektrik hari-hari, aq ni yang tak de elektrik sekejap pon dah resah...... Sekarang baru aku paham erti kesyukuran dan menghargai apa yang kita ada... kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan elakkan melakukan pembaziran..... contohnya macam elektrik dan air. kita juga kenalah sentiasa menghargai apa yang kita ada.......
sekian sahaja entry aq pada kali ini.....
No comments:
Post a Comment