Thursday, 17 October 2013

HARI RAYA HAJI

Assalamualaikum

Hai semua. Sebelum aq memulakan cerita aq, aq nak ucapkan dulu dekat korang semua, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Ok, entry aq pada kali ini, aq nak ceritakan dekat korang pasal sambutan raya aidiladha atau nama lain dia raya haji kat kampung aq... Walaupun raya haji tak disambut semeriah macam raya aidilfitri, tapi aq still rasa gembira sebab dapat makan banyak daging.... Tapi dekat rumah aq, kita orang tak masak daging lembu atau kambing, tapi kita orang masak daging arnab.. Sedap, rasa dia ala-ala macam daging ayam la jugak.... Sebelum hari raya menjelang, aq dan mak aq berhempas pulas di dapur untuk menyediakan makanan semasa hari raya. Kita orang masak rendang arnab, nasi hujan panas dan acar timun. Waktu raya haji, tak ramai kanak-kanak yang datang dekat rumah kita orang, hanya kawan-kawan mak dan ayah aq je ramai yang datang, maklumlah raya haji je kan. Selepas asar, aq dan keluarga aq balik ke rumah nenek sebelah emak aq pulak yang perjalanannya hanya mengambil masa selama 10 minit. Suasana dekat rumah nenek aq yang ni lagi meriah sebab semua mak saudara dan bapa saudara aq balik. Macam-macam makanan aq dapat rasa daripada setiap keluarga mak dan bapa saudara aq bawak, contohnya macam laksa, nasi dagang, lontong dan sebagainya lah...  Hari tu jugak kita orang sambut hari lahir ahli keluarga kita orang yang lahir dalam bulan sepuluh termasuklah adik-adik aq.. Malam tu, semua ahli keluarga kita orang berkumpul dan menonton televisyen secara berjamaah sambil meratah satu periuk sup daging mengikut citarasa sendiri. Bagi aq, aq suka pedas, so dalam sup daging aq, aq akan picit lada dan digaulkan bersama perahan asam limau, sedap dia hingga menjilat jari tu.... Tapi yang sedihnya, hari berikutnya iaitu hari rabu, rumah nenek aq da menjadi semakin sunyi sebab semua saudara-saudara aq da balik ke rumah masing-masing sebab sudah kehabisan cuti... Walaupun sedih, tapi aq still happy sebab dapat sambut Hari Raya Aidiladha dengan keluarga aq....

Sampai di sini sahaja entry aq pada kali ini. Sekian..... 

No comments:

Post a Comment