Assalamualaikum
Hai semua dan selamat malam.. Ok malam nie aq nak share sikit dengan korang pasal pendapat aq tentang hubungan sebelum kahwin ni atau nama lain dia kapel la.... Memang x dinafikan, kebanyakkan remaja-remaja zaman sekarang nie dah ada pasangan masing-masing... Tak pelik kalau budak-budak sekolah rendah dah pandai bercintan-cintun nie.. Bagi aq, aq x kisah kalau dia orang nak berhubungan sebelum kahwin ni, tapi yang menjadi masalah bagi aq, cara dia orang berkapel tu, macam-macam cara dan pelik....
Cara orang zaman sekarang kapel tak sama macam orang zaman dulu... Kalau zaman dulu, kurang kita dengar orang buang anak, tapi kalau zaman sekarang, dah tak pelik atau terkejut kalau dengar kes buang bayi sebab dah banyak sangat kes sampai tak terkira..... Orang zaman sekarang dah ramai hilang sifat perikemanusiaan sebab sanggup mebuang darah daging sendiri....
Kalau orang zaman dulu, kalau dah berkenan atau suka dekat seseorang tu, dia orang mesti terus jumpa mak ayah sebab tak sanggup nak tunggu lama, t kena kebas dengan orang lain pulak kalau lambat. Tapi zaman sekarang dah tak macam tu dah. Kalau zaman dulu, malu je nak keluar berdua atau buat perkara tak senonoh sebab takut nama keluarga kena canang satu kampung, tapi kalau zaman sekarang, tak pelik, sebab bersepah-sepah kes maksiat atau zina, tak kiralah kat kampung atau kat bandar.....
Aq pernah dengar ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha, dalam ceramahnya, beliau ada menyampaikan bahawa kata Imam Hassan Al Bana, Kalau seseorang itu berkapel, atau berkawan-kawan tak kiralah dah berapa lama kita berpasangan, kita takkan kenal pasangan kita tu sebab yang kita kenal tu adalah lakonan pasangan kita je semata-mata...Aq setuju dengan apa yang disampaikan oleh beliau sebab kalau kita berkapel, mesti kita nak tunjuk yang kita sentiasa perfect depan pasangan kita, walhal kita ada banyak kelemahan sebab kita takut pasangan kita tinggalkan kita.... Ada pepetah Arab menyebut bahawa, setiap yang berperasaan ini sedang berdusta, sebab orang yang berpasangan ni tidak menunjukkan diri dan sikap mereka yang sebenar di depan pasangan mereka.... Dan kalau kita berkapel sebelum kahwin, syaitan akan menjadikan itu sebagai modal penting untuk merobohkan rumah tangga kita di masa akan datang..
Contohnya macam:
1.Contoh kalau kita kahwin dengan pasangan kapel kita, bila pasangan kita melakukan perkara-perkara yang mencurigakan, mesti kita akan fikir-fikir benda buruk pasal pasangan kita..
2. Contoh, kalau kita berkahwin bukan dengan pasangan kekasih kita dahulu, mesti kita akan suka membandingkan sikap suami / isteri kita dengan pasangan kapel kita dahulu.
Jadi, nasihat untuk diri aq dan juga sahabat-sahabat sekalian, kita fikir-fikirkan lah apa yang sepatutnya dan baik buruknya dalam kita melakukan sesuatu perkara......
Sekian sahaja entry aq pada kali ini... Wassalam
No comments:
Post a Comment