Monday, 7 October 2013

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum..............................................................

Good morning semua............................ ok hari nie aq nak kongsi sedikit ilmu aq dekat korang pasal media sosial.......... mesti korang semua da banyak tahu tentang media sosial ni kan, sebab mesti masa sekolah2 dulu cikgu ada suruh buat karangan pasal media sosial tak kiralah kelebihan atau kebaikkan media sosial.... tapi ari ni aq tetap nak share juga dekat korang pasal kelebihan dan kelemahan media sosial.............Melalui pembacaan aq, media sosial ni adalah satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain........  maksud mudah dia macam satu tempat untuk kita share something dengan orang lainla........... antara contoh media sosial macam facebook, instagram, twitter, whatsapp, blog dan seangkatan dengannya la........ Jadi, setiap benda mesti ada kelebihan dan kebaikkannya. begitu jugalah dengan media sosial.............. Ari ni aq nak share dengan korang pasal kelebihan dan kekurangan media sosial..........

Antara kebaikkan media sosial ialah:

1. Dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain
Pendapat aq pasal kelebihan ini ialah, melaui media sosial ni kita dapat menjalinkan hubungan yang telah    lama terputus..... contohnya, biasanya orang gunakam fb ni untuk cari member2 sekolah lama dia               orang..... so dengan adanya media sosial nie, dia orang dapatla contact member lama dia orang yang da lama lost cantact nie

2. Dapat menjana pendapatan
Pada pendapat aq, kebanyakkan pengguna-pengguna media sosial pada hari nie, menggunakan peluang yang ada untuk menjana pendapatan dia orang dengan mengiklankan produk yang mereka jual di media sosial.... dengan kemudahan ini, mereka dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka untuk mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan

3. Dapat berkongsi maklumat
Pada pendapat aq, media sosial nie sebagai tempat untuk berkongsi maklumat kerana, kebanyakkan pelajar atau masyarakat menggunakan media sosial untuk berkongsi ilmu yang mereka ada, dengan adanya media sosial ni, guru dan murid dapat berkomunikasi pada bila-bila masa selain daripada waktu sekolah, majikan dan pekerja dapat berbincang tentang syarikat selepas waktu kerja dan seangkatan dengannya......Jadi, media sosial ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.......

Tetapi di dalam sesuatu perkara mesti ada kelemahannya juga, jadi antara kelemahan media sosial ialah:

1.Masa yang dapat diluangkan bersama keluarga akan berkurang
Bagi pengguna media sosial yang terlalu taksub dengan alat komunikasi ini, masa mereka bersama keluarga akan semakin berkurang kerana mereka lebih banyak meluangkan masa  mereka untuk melayan media sosial ini..... Dan ini akan menyebabkan kasih sayang dalam keluarga akan semakin tipis..... Jika ibu bapa terlalu taksub dengan media sosial ini akan menyebabkan anak2 mereka terabai kerana kekurangan kasih sayang dan ini akan menyebabkan peningkatan dalam gejala negatif dalam kalangan anak2 muda di negara kita..... Sekiranya, terdapat pelajar yang terlalu melayan media sosial ini, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan kurangnya fokus dalam pelajaran

2.Sebagai media untuk menyebarkan fitnah
Terdapat juga kes dimana media sosial digunakan untuk menyebarkan fitnah. Ini akan menyebabkan nama dan maruah sesetengah pihak akan tercemar. Sebagai contoh, dimana jika pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab telah memuat naik gambar yang tidak sepatutnya atau bersifat peribadi ke dalam media sosial tanpa pengetahuan pemilik, ini akan menyebabkan ramai pihak yang tidak mengetahui tentang hal sebenarnya akan berprasangka buruk kepada pemilik.......

Melalui maklumat yang dikongsi ini, saya berharap kita semua dapat gunakan dan manfaatkannya dalam kehidupan kita............  Nasihat saya buat diri anda dan juga kepada diri saya sendiri, janganlah terlalu taksub dengan sesuatu perkara  dan selidiklah sesuatu perkara itu sebelum kita melakukannya kerana semua implikasinya akan terkena pada diri kita juga................................

No comments:

Post a Comment