Monday, 16 December 2013

BERSYUKUR

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, aq bersyukur sangat kerana Allah masih meminjamkan nyawanya kepada aq untuk terus hidup dan berbakti di muka bumi ini. Aq n sesiapa sahaja yang hidup di muka bumi, harus sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Walaupun kadangkala kita akan rasa tak adilnya orang lain sebab ada apa yang kita tidak ada, tapi kita harus sentiasa ingat bahawa dalam setiap kejadian, pasti ada terselit cebisan hikmah di sebaliknya. Jadi kita haruslah sentiasa berfikiran positif, berfikiran terbuka dan yang paling penting adalah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni.



" Kadang-kadang Allah sembunyikan Matahari, DIA datangkan Petir dan Kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita Pelangi. "

Ungkapan ini dapat ditafsirkan bahawa, pada diang hari Allah telah hilangkan sementara Matahari daripada pandangan kita, Kemudian Allah telah mengeluarkan Petir dan Kilat ( iaitu perkara yang kurang baik ), tapi kemudian kita sedar , kesan dari hilangnya Matahari dan wujudnya Petir dan Kilat, Allah telah memperlihatkan kita satu keindahan iaitu Pelangi yang mempunyai 7 warna yang cantik.

 Maknanya di sini, apabila kita ditimpa kesusahan, kita kenalah sentiasa bersabar dan menerima kesusahan itu sebagai satu batu loncatan untuk kita terus meningkatkan keimanan kita kepada Allah, dan kita kenalah sentiasa ingat bahawa, kesusahan yang kita alami takkan berpanjangan kerana Allah akan menukarkan kesusahan tersebut kepada kesenangan kepada kita mengikut tahap kesabaran kita semasa kita mengendalikan kesusahan yang kita alami.

Sepanjang hidup aq selama 19 tahun ini, aq bersyukur kerana aq mempunyai keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat tentang diri aq, tak kira time aq susah atau senang. Walaupun hidup aq tak seberapa mewah, tetapi aq tetap bersyukur dengan apa yang aq ada selama ini..


 Jumaat baru-baru ini yang bersamaan dengan 13/12/13 merupakan hari kelahiranku. Walaupun tak dapat sambut dengan family aq, tapi aq tetap happy sebab dapat sambut dengan kawan-kawan aq. Dan yang paling penting aq bersyukur sebab dipinjamkan nyawa untuk menyambut hari lahir aq tahun ini. ALHAMDULILLAH......

No comments:

Post a Comment