Friday, 29 November 2013

ADAB DI DALAM DEWAN KULIAH

Assalamualaikum

Selamat pagi dan bertemu lagi kita di entry kali ini, hari ni aq nak share sikit dengan korang semua tentang adab-adab semasa berada di dewan kuliah. 
Waktu pagi semestinya masa yang paling sukar untuk anda bangkit daripada tidur dan bersiap-siap untuk ke kelas. Jika anda diberikan hak untuk memilih, boleh juga memilih kelas pada sebelah petang. Namun, waktu pagi sebenarnya saat yang paling segar dan mudah untuk anda menuntut ilmu. Sebaik sahaja bertemu rakan-rakan ketika di dalam kelas, memang anda tidak kering gusi dibuatnya. Ada sahaja bahan yang hendak diceritakan. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu adab Islam yang perlu diamalkan ketika berada di dalam dewan kuliah.

1. Membaca doa 
- Setiap perbuatan umat Islam perlu diawalkan dengan doa supaya lebih diberkati. Bacalah doa penerang hati. Contoh doa:

 ' Wahai Tuhanku ! lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku.'
In Shaa Allah, Allah akan permudahkan segala urusan kita.

2. Duduk sopan
- Jika tidak berasa tidak selesa duduk di kerusi yang disediakan, cuba alihkan badan anda sedikit mengikut kekerapan. Tidak perlulah mengangkat kaki ke atas sambil menongkat dagu. Itu memang perbuatan yang tidak sopan. Bersabarlah kerana kelas anda tidak lama, mungkin tiga atau empat jam untuk satu kelas. 

3. Dengar dengan teliti
- Ketika pensyarah menyampaikan ilmu di hadapan, dengarlah ilmu yang disampaikan dengan sebaik mungkin. Jangan sesekali anda menyampuk dan yang paling teruk, berbual-bual dengan kawan-kawan di belakang. Bukan sahaja pensyarah yang marah, malah anda juga akan marah jika rakan sendiri berbuat begitu ketika anda membuat pembentangan di dalam kelas. 

4. Hormat guru
- Guru dan pensyarah sama sahaja maksudnya iaitu masing-masing pendidik untuk anak bangsa. Selagi apa yang dikatakan oleh guru anda berada di landasan yang benar, maka ikutlah ia dengan hati yang terbuka. Hormati dan sayangi guru anda kerana besar pahala yang anda akan dapat nanti.

5. Mencatat nota
- Buat nota kaki atau pun salinan ringkas setiap apa yang disampaikan oleh guru anda. Nota ini amat membantu terutama kerika tiba hari peperiksaan. Maklumat tambahan ini boleh menjadi jawapan penting yang akan anda persembahkan di dalam kertas peperiksaan nanti. Oleh itu, berikan sepenuh perhatian ketika sedang belajar di dalam kelas. 

6. Saingan sihat
- Belajar pasti ada persaingan untuk berjaya. Saingan yang sihat perlu diwujudkan di antara rakan-rakan di dalam kelas supaya masing-masing tidak akan mengalah untuk menjadi yang pertama. Malah anda juga boleh berkongsi maklumat baru dengan kawan lain. Seronok bukan?

Sampai di sini sahaja entry aq kali ni, sehingga bertemu di entry yang akan datang.
Wassalam

No comments:

Post a Comment