Assalamualaikum
S4.... Inilah set aq bagi subjek aplikasi komputer. Walaupun nama kelas ni tidak segah mana, tapi ahli-ahli kelas ni semuanya riang-riang raya termasuklah pensyarah yang sporting gile dengan student iaitu Sir Azzwan.
Masa aq mula-mula masuk kelas ni, aq lah orang pertama yang sir tegur.
Sir ingatkan aq tak tahu yang sir sebenarnya adalah pensyarah,
Sebab masa tu, sir berlakon ala-ala student baru masuk kelas.
Tapi sebenarnya aq tahu yang sir adalah pensyarah,
Sebab malam sebelum kelas tu, aq ada bukak ifolio and tengok rooster setiap subjek,
Sebab tulah aq tahu and lagi satu dari gaya sir, memang nampak macam pensyarah,
so, aq tahulah yang sir adalah pensyarah aplikasi komputer aq.
Tapi, bila sir da bersuara, aq mula rasa cuak and rasa masa tu jugak aq nak tukar set.
Sebab masa tu aq rasa sir lah orang paling garang yg pernah aq jumpa and susah nak ngam dengan student,
Tapi, aq salah sebab sir tak macam tu pun,
Sebab tulah orang cakap " don't judge a book by its cover "
Aq tak patut menilai sir sebelum aq kenal sir dengan mendalam,
Aq rasa bersyukur gila masuk set 4 ni sebab:
Pensyarah lain tak pernah ingat nama aq, tapi sir boleh ingat nama aq, siap nama penuh lagi.
sir tak macam pensyarah lain, sebab sir selalu meluangkan masa bersama-sama dengan student,
Walaupun aq tak pernah makan semeja dengan sir, tapi aq selalu nampak sir duduk dengan student.
Sir seorang yang sabar, sebab sir akan repeat banyak kali apa yang sir ajar selagi kita orang semua tak paham.
Sir seorang yang kelakar, sebab setiap kali kelas mesti ada je bahan lawak sir yang buat kita orang tak henti-henti gelak.
Dan yang paling penting, sir hensem ( saya puji ikhlas dari hati, bukan bodek )
Terima Kasih banyak-banyak sir sebab sabar mengajar kita orang ni dan saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah and ada buat sir terasa hati dengan sikap saya selama ni. Last sekali, doakan kami anak didik sir dapat jawab exam aplikasi komputer dengan tenang dan dapat A dalam subjek ni....
No comments:
Post a Comment