Friday, 20 December 2013

PISANG

Assalamualaikum


Pisang???? Pisang adalah sejenis buah.. Bukan sahaja enak untuk dimakan, malah pisang juga turut mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kesihatan.
Antara khasiatnya adalah:

 Sembelit 

 Buang pisang dikatakan paling mujarab bagi penyakit sembelit

 Tekanan Darah 

Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia, mengandungi potassium tinggi yang amat berguna bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi

 Seimbangkan fungsi jantung 

Cilium pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

 Redakan Tekanan

Protein trypotophan, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi serotonim yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. Potassium pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.

 Kurangkan rasa mual

Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

Selain itu, kulit pisang juga:

 Menghilangkan parut

Parut luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira apa jenis, asalkan hitam   (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari sehingga kesan itu hilang. In Shaa Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

Antara penawar penyakit melalui kulit pisang:

1. Darah tinggi dan strok
2. Kolestrol
3. Cirit-birit
4. Anaemia
5. Kemurungan 
6. Pening-pening

AWAS: Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana, kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang ( 19.85% )


No comments:

Post a Comment