Thursday, 19 December 2013

SESI PEMBENTANGAN

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sesi pembentangan untuk subjek aplikasi komputer telah tamat dengan berjayanya. Walaupun aq agak kekok dan terlalu gementar semasa sesi pembentangan, tapi berjaya jugak aq dan  ahli kumpulan aq buat sehabis baik dalam membentangkan tugasan yang telah diberikan oleh Sir. Aq, dari zaman sekolah lagi memang tak minat and tak berani langsung kalau nak bentang atau cakap depan orang ramai ni. Salah satu sebabnya, aq rasa kalau aq cakap depan orang, orang takkan dengar apa yang aq cakap. Rasa macam ' shock sendiri ' je dekat depan tu. Lagi satu, sebab aq malu bila berdiri depan orang ramai, aq rasa orang yang tengok aq akan nampak segala kekurangan yang ada kat aq, contohnya tudung aq senget ke, muka aq macam nak nangisla, ada cili kat gigilah n macam-macamlah. Sebab tulah aq tak suka present kat depan orang.    

Tapi aq bersyukur sangat sebab dapat satu group dengan orang yang sekepala dengan aq iaitu aisyah, mizah dan zati. Walaupun, agak susahla jugak nak cari masa yang semua orang free untuk buat discussion, tapi kita orang berjaya jugak curi-curi masa yang ada untuk berbincang. And banyak jugaklah masalah semasa buat video sebab semua ahli kumpulan and termasuklah jugak aq, tak pernah pown buat benda alah. Tapi setelah, aq and ahli kumpulan belajar buat video dari member group lain dan terutamanya menuntut dari professor youtube, video kita orang berjayalah jugak siap walaupun tak segempak video group lain. 

Melalui sesi pembentangan ini, aq dapat belajar banyak benda, antaranya, aq dapat belajar dan menggunakan power point yang menarik untuk dibentang. Selain itu, aq jugak dapat meningkatkan tingkat kebertanggungjawaban aq sebab dalam group kita orang sama-sama mencurahkan idea untuk buat isi untuk pembentangan ni. Dan yang paling best, aq dapat kenal ahli group aq lagi rapat. Terima kasih Sir, sebab bagi tugasan ni, sebab kalau Sir tak bagi tugasan ni, saya takkan tahu pown cara nak buat semua benda ni. Tq sangat-sangat dekat Sir Dzul Azzwan..







No comments:

Post a Comment