Ok, entry aq pada kali ini, aq nak share dengan korang pasal HUSNUZON. Mesti korang terpikir-pikir apalah maksud HUSNUZON tu. Meh sini aq terangkan maksud perkataan tu. HUSNUZON tu membawa maksud bersangka baik kepada orang lain. Perbuatan ini sangat dituntut di dalam Islam kerana dengan ini dapat mengelakkan pergaduhan dan juga dapat mengelakkan fitnah sesama kita. Kadang-kadang aq selalu jugak bersangka buruk dengan orang lain. Tapi, aq tahu semua manusia takkan terlepas daripada melakukan kesilapan kerana manusia tidak sempurna. Tapi itu bukan alasan untuk kita terus melakukan kesilapan, kita kenalah sentiasa berusaha mengelakkan diri kita daripada melakukan kesilapan dan salah satu daripadanya adalah dengan sentiasa bermuhasabah diri kita. Sambung balik dengan tajuk entry aq pada kali ini, Terdapat banyak hadis dan ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita supaya kita menjauhi perbuatan berprasangka buruk. Antaranya:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain…”
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
Dalam ayat di atas, ada menasihatkan kita supaya jauhi diri kita dirapada sentiasa berprasangka buruk kerana sebahagian daripada perbuatan berprasangka buruk adalah berdosa. Ayat di atas juga melarang kita daripada melakukan perbuatan tajassus iaitu perbuatan yang suka mencari kesalah orang lain.
Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata :
“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”
Salah satu kesan daripada perbuatan berprasangka buruk adalah akan menimbulkan fitnah. Ini kerana, apabila kita berprasangka buruk, kita tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh dan ini dikhuatiri akan menimbulkan fitnah. Dosa membuat fitnah adalah lebih besar daripada dosa membunuh. Nauzubillah, marilah sama-sama kita berusaha memperbaiki segala amalan kita supaya kita tidak akan tergolong dalam kalangan seperti ini. Antara fadhilat bersangka baik adalah:
1. Mengelakkan manusia dan ummah daripada berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan
masyarakat dan negara.
2. Dapat membersihkan hati daripada titik-titik hitam dan mencegah perkara-perkara mungkar daripada
terus bersarang di hati kita.
3. Selalu merasa bahagia atas kejayaan yang dicapai oleh orang lain walaupun diri sendiri belum berjaya
4. Hubungan persaudaraan dan persahabatan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas daripada bersangka
buruk, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan yang baik-baik sahaja. Sudah pasti hatinya
bertambah cinta pada saudaranya itu dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesamam manusia.
Tak rugi pun kalau kita sentiasa bersangka baik kerana setiap kebaikkan ada dibalas dengan ganjaran yang baik tak kiralah cepat atau lambat.
Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.
Apabila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.
Apabila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.
Beringatlah wahai sahabat, kita kenalah sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara yang berlaku kerana pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita juga kenalah mengubah diri kearah kebaikkan bermula dari sekarang, tak perlulah secara drastik, hanya bermula dengan perlahan-lahan dahulu, kerana sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Marilah sama-sama menjadi calon ahli syurga... Wallahualam. sekian sahaja entry saya pada kali ini...
Renung-renungkan dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment