Friday, 29 November 2013

BERDIALOG DENGAN IBLIS

Assalamualaikum...

Entry aq kali nie, aq nak cerita satu cerita kisah Rasulullah yang telah berdialog dengan iblis

Ceritanya bermula begini,
Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W baru keluar dari masjid untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja baginda keluar dari pintu masjid, baginda telah bertemu dengan iblis. Rasulullah segera menegur iblis.

"hai iblis, apakah yang menyebabkan engkau datang ke pintu masjid ini?"
"wahai Muhammad, Allah telah menyuruh aku supaya datang ke mari," beritahu iblis tanpa berselindung.
"untuk apa?" tanya Rasulullah yang tidak menyenangi kehadiran iblis yang juga musuh ketatnya.
Lalu segera dijawab iblis, "supaya engkau bertanya kepadaku mengenai apa sahaja supaya engkau tahu."
"Baiklah. Mengapa engkau selalu menghalangi umatku daripada mengerjakan solat berjemaah?" tanya Rasulullah kepada iblis.
" wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk mengerjakan solat berjemaah, aku berasakan diriku teramat panas dan tidak akan hilang selagi mereka mengubah fikiran untuk ke tempat lain." jawab iblis.
"Hai iblis, mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada membaca al-quran?"
" Wahai Muhammad, apabila umatmu membaca al-quran aku berasakan diriku menjadi hancur lebur seperti timah sedang dibakar." Iblis menjawab.
Kemudian Rasulullah bertanya lagi, " Hai iblis, mengapa engkau menghalangi umatku untuk berjuang ke jalan Allah?"
Lalu jawab iblis, "wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk berjuang, kaki tanganku akan terikat sehingga mereka kembali daripada perjuangan."
"Mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada mengerjakan fardhu haji?"
" Wahai Muhammad, apabila umatmu mengerjakan haji, aku akan terikat dengan rantai yang membelenggu dan apabila mereka hendak bersedekah, maka di atas kepalaku terletak satu gergaji yang menggergaji kepalaku seperti kayu yang sedang digergaji." jawab iblis.
" Baiklah iblis, aku ingin tahu siapakah teman-temanmu?"
" Mereka ialah Hakim yang tidak adil, orang kaya yang sombong, pedagang yang suka menipu, peminum arak, orang yang memutuskan tali persaudaraan, mereka yang memakan harta riba, mereka yang memakan harta anak yatim, orang yang mempermudahkan solat, orang yang enggan membayar zakat dan orang yang banyak berangan-angan."

Kesimpulan yang boleh saya simpulkan daripada kisah di atas ialah betapa iblis atau syaitan itu suka menghasut umat Rasulullah supaya melakukan perkara-perkara jahat dan untuk menghalangi jiwa yang berbuat kejahatan, marilah sama-sama kita memusnahkan syaitan dengan berbuat amal kebaikan. Moga kita dijauhkan daripada hasutan syaitan dan api neraka jahanam.
Sampai di sini sahaja entry aq kali nie... Renung-renungkan dan selamat beramal.





No comments:

Post a Comment