Assalamualaikum
Hai semua. Hari ni aq nak share dengan korang pasal CRUSH aq..
Mesti korang tertanya-tanya, siapalah gerangan tuan empunya badan kan...
Macam mana muka dia? Hensem ke tak? Macho ke? Ada lesung pipit ke?
Persoalan yang tu, aq jawab kejap lagi ye... Sabar2
Sebenarnya aq da lama usha mamat ni, tapi dari jauh je la, tak mampu nak tegur
Bukan sebab apa, aq yang tak berani dan malu nak berdepan dengan dia..
Hanya mampu tengok dari jauh jelah
Aq baru mula perasan kewujudan mamat ni masa aq kat matrik dulu.
Tu pun kawan-kawan aq yang tunjuk dekat aq.
Perwatakan mamat ni yang menarik minat aq adalah,
dia sudah semestinya seorang yang baik,
Walaupun mukanya agak innocent, tapi cute sebab baby face.
Dia seorang yang mementingkan kawan, dia akan sentiasa mengutamakan kawan-kawan dari diri dia.
Dia takkan sesekali mengguriskan hati kawan dia,
Sekali dia senyum, konfem perempuan sekeliling dia akan cair punyalah, termasuklah aq,
Bagi aq dia seorang yang hensem dan macho,
Walaupun dia ada masalah, tapi dia akan sentiasa berlagak cool, supaya orang tak nampak yang dia ada masalah.
Amboi panjangnye lah aq membebel pasal CRUSH aq ni,
Mesti korang dah tak sabar-sabar nak tengok tuan empunya badankan.
Sabar2... sabar tukan separuh daripada iman...
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu..
Tada!!!!!!!!!
Nilah gambar CRUSH aq, hensemkan... hehehehe
Nama diberi adalah Natcha Jantapan
Seorang pelakon dan penyanyi dari Thailand
Movie yang dilakonkan adalah " True Friend "
Dilahirkan pada 25 April 1991
Warna kesukaan: Pink, hitam dan putih
Tinggi: 178 cm
Berat: 64 kg
Hobi: Membaca buku dan komik
Anak ke-4 daripada 5 orang adik beradik
Ni jelah yang aq tahu serba sedikit tetang CRUSH aq.
Jangan marah, bergurau saja.. heheheh
Sekian sahaja entry aq kali ni..