Friday, 29 November 2013

ADAB DI DALAM DEWAN KULIAH

Assalamualaikum

Selamat pagi dan bertemu lagi kita di entry kali ini, hari ni aq nak share sikit dengan korang semua tentang adab-adab semasa berada di dewan kuliah. 
Waktu pagi semestinya masa yang paling sukar untuk anda bangkit daripada tidur dan bersiap-siap untuk ke kelas. Jika anda diberikan hak untuk memilih, boleh juga memilih kelas pada sebelah petang. Namun, waktu pagi sebenarnya saat yang paling segar dan mudah untuk anda menuntut ilmu. Sebaik sahaja bertemu rakan-rakan ketika di dalam kelas, memang anda tidak kering gusi dibuatnya. Ada sahaja bahan yang hendak diceritakan. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu adab Islam yang perlu diamalkan ketika berada di dalam dewan kuliah.

1. Membaca doa 
- Setiap perbuatan umat Islam perlu diawalkan dengan doa supaya lebih diberkati. Bacalah doa penerang hati. Contoh doa:

 ' Wahai Tuhanku ! lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku.'
In Shaa Allah, Allah akan permudahkan segala urusan kita.

2. Duduk sopan
- Jika tidak berasa tidak selesa duduk di kerusi yang disediakan, cuba alihkan badan anda sedikit mengikut kekerapan. Tidak perlulah mengangkat kaki ke atas sambil menongkat dagu. Itu memang perbuatan yang tidak sopan. Bersabarlah kerana kelas anda tidak lama, mungkin tiga atau empat jam untuk satu kelas. 

3. Dengar dengan teliti
- Ketika pensyarah menyampaikan ilmu di hadapan, dengarlah ilmu yang disampaikan dengan sebaik mungkin. Jangan sesekali anda menyampuk dan yang paling teruk, berbual-bual dengan kawan-kawan di belakang. Bukan sahaja pensyarah yang marah, malah anda juga akan marah jika rakan sendiri berbuat begitu ketika anda membuat pembentangan di dalam kelas. 

4. Hormat guru
- Guru dan pensyarah sama sahaja maksudnya iaitu masing-masing pendidik untuk anak bangsa. Selagi apa yang dikatakan oleh guru anda berada di landasan yang benar, maka ikutlah ia dengan hati yang terbuka. Hormati dan sayangi guru anda kerana besar pahala yang anda akan dapat nanti.

5. Mencatat nota
- Buat nota kaki atau pun salinan ringkas setiap apa yang disampaikan oleh guru anda. Nota ini amat membantu terutama kerika tiba hari peperiksaan. Maklumat tambahan ini boleh menjadi jawapan penting yang akan anda persembahkan di dalam kertas peperiksaan nanti. Oleh itu, berikan sepenuh perhatian ketika sedang belajar di dalam kelas. 

6. Saingan sihat
- Belajar pasti ada persaingan untuk berjaya. Saingan yang sihat perlu diwujudkan di antara rakan-rakan di dalam kelas supaya masing-masing tidak akan mengalah untuk menjadi yang pertama. Malah anda juga boleh berkongsi maklumat baru dengan kawan lain. Seronok bukan?

Sampai di sini sahaja entry aq kali ni, sehingga bertemu di entry yang akan datang.
Wassalam

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN

Assalamualaikum.


Ok, entry kali nie, aq nak cerita serba sedikit tentang tempat aq menimba ilmu
Dekat sinilah  aq belajar banyak benda termasuklah belajar tentang  erti kehidupan.
Dan dekat sinilah jugak lah aq mengenali kawan-kawan aq yang aq takkan lupakan kenangan kita orang bersama..

 Waktu mula aq masuk sekolah nie, aq malu jugak sebab, kebanyakkan kawan-kawan aq yang pindah sekolah, semua akan pindah sekolah yang classter2 macam mrsm ke, SBP ke, tapi aq masuk sekolah teknik jew.
 Tapi bila, aq da masuk sekolah ni, baru aq tahu yang budak- budak sekolah ni, semua da macam budak-budak sekolah classter yang lain sebab dia orang suka bersaing waktu exam, walaupun aq nie tak berapa nak cerdik sangat, tapi bila da ada persaingan aq rasa tercabar jugak dan lagi bersemangat untuk aq belajar.
Waktu di sekolah ni, aq ambil kos akaun dan sebab kos akaunlah, pelajar lelaki kelas aq hanya ada 3 orang je. Kalau nak dibandingkan dengan kos mekanikal, awam dan elektrik, budak lelaki dalam kelas akaun je lah yang paling sikit. Tapi kalau pelajar perempuan pulak, pelajar perempuan dalam kelas mekanikal lah yang paling sikit berbanding kelas lain. 

Nilah gambar aq n classmate semasa di tingkatan 4


Tapi, bila aq da tingkatan lima, sistem kelas dia da bertukar. Maybe, rezeki aq mendapat keputusan yang agak cemerlang semasa dalam peperiksaan akhir tingkatan 4, aq ditempatkan di kelas pertama sewaktu tingkatan lima bersama-sama dengan pelajar dari kos lain yang turut mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam final tingkatan 4. Kelas tersebut dinamakan "Bestari" dimana pelajar yang mendapat nombor 1- 29 dalam exam final tingkatan 4 akan ditempatkan di kelas tersebut.

Classmate semasa di tingkatan 5


Disebabkan kami merupakan pelajar harapan sekolah, guru-guru banyak meluangkan masa bersama dengan kami. Ini membuatkan aq dan kawan-kawan aq rapat dengan setiap guru yang mengajar kelas kami. 

Antara pendidik-pendidik yang mengajar kami


Sewaktu di tingkatan 5 jugalah aq telah dilantik menjadi pengawas koperasi. Walaupun pangkat kami tidak segah dan sehebat pengawas sekolah atau pengawas perpustakaan, tapi aq berpuas hati sebab kita orang akan dibayar sebanyak RM18 seminggu, walaupun sedikit tetapi amat berbaloi bagi aq. 

Nilah gambar koperasi aq


Macam pejabat poskan koperasi aq, tapi ade air cond tau.. korang ada???? hahahah
Dekat sinilah aq belajar susah payahnya nak layan karenah pembeli n betapa susahnya nak cari duit.


Walaupun, aq hanya belajar di sekolah ini selama 2 tahun sahaja, tapi banyak kenangan-kenangan yang manis dan pahit yang kekal dalam ingatan aq, dan buat aq gelak kalau diingat kembali. Rindunya nak kembali ke zaman sekolah semula...
Sampai di sini sahaja entry aq kali ini.. Wassalam

MY SUPER HERO

Assalamualaikum.....

Ok, entry kali nie aq nak share sikit pasal super hero aq.
Super hero aq nie seorang yang hensem, baik, pemurah dan yang paling penting dia sayang aq
Mesti korang tertanya2 sapelah super hero yang aq maksudkan kan..
Tp kalau korang tak tanya aq tetap nak bagi tahu jugak.

TADA!!!! 


Nielah super hero aq!!!
Hensemkan..... hehehehe

Super hero yang aq maksudkan adalah ayah aq iaitu ENCIK ABDUL AZIZ BIN MOHD MIDIN.
Meh aq cerita serba sedikit pasal ayah aq...

ayah aq telah dilahirkan di Pengkalan Kubur Salor, Pasir Mas, Kelantan
Dilahirkan pada 30/12/1961 ( sama bulan lahir dengan aq )
Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Jempol dari darjah 1 - 6
Seterusnya, Sekolah Menengah Jengka 02 dari tingkatan 1 - 3
Tingkatan 4 di SMART, Kuantan
Tingkatan 5 dan 6 di Sekolah Menengah Ismail Petra
Melanjutkan pelajaran seterusnya di MAKTAB Perguruan Kuantan

Pada tahun 1985 - 1990, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru di:
- Sekolah Kebangsaan Kuala Sat
- Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat Jengka.
Pada tahun 1990, beliau telah bertukar kerjaya sebagai seorang kakitangan di:
-Pusat Kegiatan Guru di Bandar Jengka
Seterusnya, pada tahun 1998 - 2000 beliau bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di:
- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Kuantan, Pahang (BTPN )
- Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur

Disebabkan rumah kami jauh daripada tempat kerja ayah aq, jadi kami sekeluarga jarang berjumpa dengan ayah aq. Dalam seminggu tu hanya dapat meluangkan masa bersamanya pada hujung minggu sahaja. Tapi kami redha, kerana ayah aq terpaksa bekerja keras untuk menyara kami sekeluarga. 

Pada tahun 2010, ayah aq telah melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


Sekarang, ayah aq telah kembali kepada kerjaya lamanya iaitu menjadi seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 02 yang jaraknya hanya 10 minit dari rumah.
Walaupun ayah aq da ada masa di rumah hari-hari, tapi kita orang jarang dapat jumpa jugak sebab masing-masing da  duduk hostel. So, kita orang hanya dapat jumpa time cuti jela.  

Ayah aq ni seorang yang pendiam. Tapi kalau time dia marah, semua orang takkan berani angkat muka.
Walaupun ayah aq tegas orangnya, tapi ada jugak terselit sikap lembut dan ambil berat dalam diri dia.
Kalau kita orang adik-beradik ada buat salah, ayah aq akan tegur kita orang dengan cara lembut je, sebab dia tahu anak-anak dia semua da besar dan da boleh fikir yang mana baik dan buruk. Rindunya aq dekat ayah aq, tak sabar nak balik rumah lepas exam final nie, sebab da lama aq tak jumpa family aq. 
sayang SUPER HERO aq ketat-ketat


Sekian sahaja entry aq pada kali ini, Wassalam




BERDIALOG DENGAN IBLIS

Assalamualaikum...

Entry aq kali nie, aq nak cerita satu cerita kisah Rasulullah yang telah berdialog dengan iblis

Ceritanya bermula begini,
Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W baru keluar dari masjid untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja baginda keluar dari pintu masjid, baginda telah bertemu dengan iblis. Rasulullah segera menegur iblis.

"hai iblis, apakah yang menyebabkan engkau datang ke pintu masjid ini?"
"wahai Muhammad, Allah telah menyuruh aku supaya datang ke mari," beritahu iblis tanpa berselindung.
"untuk apa?" tanya Rasulullah yang tidak menyenangi kehadiran iblis yang juga musuh ketatnya.
Lalu segera dijawab iblis, "supaya engkau bertanya kepadaku mengenai apa sahaja supaya engkau tahu."
"Baiklah. Mengapa engkau selalu menghalangi umatku daripada mengerjakan solat berjemaah?" tanya Rasulullah kepada iblis.
" wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk mengerjakan solat berjemaah, aku berasakan diriku teramat panas dan tidak akan hilang selagi mereka mengubah fikiran untuk ke tempat lain." jawab iblis.
"Hai iblis, mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada membaca al-quran?"
" Wahai Muhammad, apabila umatmu membaca al-quran aku berasakan diriku menjadi hancur lebur seperti timah sedang dibakar." Iblis menjawab.
Kemudian Rasulullah bertanya lagi, " Hai iblis, mengapa engkau menghalangi umatku untuk berjuang ke jalan Allah?"
Lalu jawab iblis, "wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk berjuang, kaki tanganku akan terikat sehingga mereka kembali daripada perjuangan."
"Mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada mengerjakan fardhu haji?"
" Wahai Muhammad, apabila umatmu mengerjakan haji, aku akan terikat dengan rantai yang membelenggu dan apabila mereka hendak bersedekah, maka di atas kepalaku terletak satu gergaji yang menggergaji kepalaku seperti kayu yang sedang digergaji." jawab iblis.
" Baiklah iblis, aku ingin tahu siapakah teman-temanmu?"
" Mereka ialah Hakim yang tidak adil, orang kaya yang sombong, pedagang yang suka menipu, peminum arak, orang yang memutuskan tali persaudaraan, mereka yang memakan harta riba, mereka yang memakan harta anak yatim, orang yang mempermudahkan solat, orang yang enggan membayar zakat dan orang yang banyak berangan-angan."

Kesimpulan yang boleh saya simpulkan daripada kisah di atas ialah betapa iblis atau syaitan itu suka menghasut umat Rasulullah supaya melakukan perkara-perkara jahat dan untuk menghalangi jiwa yang berbuat kejahatan, marilah sama-sama kita memusnahkan syaitan dengan berbuat amal kebaikan. Moga kita dijauhkan daripada hasutan syaitan dan api neraka jahanam.
Sampai di sini sahaja entry aq kali nie... Renung-renungkan dan selamat beramal.





Thursday, 28 November 2013

9 AMALAN SIHAT

Assalamualaikum...



Ok, entry aq kali nie, aq nak share sikit dengan korang tentang amalan sihat yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita supaya badan kita sentiasa sihat dan segar. Sebelum tu, kenalah cabar diri kita terlebih dahulu untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Amalan nie, takdelah sesusah mana, hanya memerlukan pengorbanan beberapa minit sahaja daripada beberapa jam yang korang ada dalam sehari. Di sini aq senaraikan 9 tips untuk mengamalkan gaya hidup sihat:




1. Tarik nafas dalam-dalam
- Cara ini adalah perkara paling senang untuk diamalkan. Pastikan anda tidak dapat lari daripada sebarang tekanan ataupun rasa marah. Jadi, tarik nafas dalam-dalam dalam kiraan 10. Sangat efektif jika waktu itu kita berada dalam keadaan marah dan tertekan. Oksigen yang masuk ke dalam otak akan memberikan rasa segar dan lapang, sekali gus memberi ruang untuk kita berfikir. Kemudian, carilah teman kita yang boleh mendengar luahan hati kita.


2. Minum, minum dan minum air
-Anda mahu cantik? Jika anda mahu cantik anda haruslah mencabar diri anda untuk meminum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas sehari kerana dengan meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak akan menahan selera makan kita. Ini akan membantu kita mengurangkan berat badan kerana kurangnya pengambilan makanan. Ia juga membantu membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit. Jadi, jika anda mahu kelihatan cantik, minumlah air kosong sebanyak mungkin.


3. Pilih makanan yang sihat
- PERHATIAN!!!! Jangan amalkan pemakanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi. Amalkan makan makanan yang tidak berminyak dan bergoreng. Jadi, pilihlah makanan yang dapat membekalkan tenaga kepada diri kita dan makanan yang dapat menyihatkan tubuh badan kita.



4. Gigi cantik, anda pun cantik
- Senyum. Gembirakan kalau orang puji senyuman kita cantik sebab gigi kita cantik dan putih. Untuk mendapatkan gigi yang cantik dan putih berseri, berus dan flos gigi anda. Ini akan menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak pada gigi dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri anda secara tidak langsung. 



5. Makan pagi
- Adakah anda rasa sihat jika tidak mengambil sarapan? Jika ya, anda silap. Mengikut pada pemakanan dan kesihatan juga, pengambilan makanan yang seimbang dan sihat pada pagi hari sangat baik untuk mengawal berat badan seseorang. Ini kerana, pengambilan sarapan membekalkan tenaga yang optimum kepada seseorang dan membantu mengurangkan rasa cepat lapar menjelang waktu tengah hari. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.


6. Selitkan senaman
- Tidak susah untuk bersenam, Hanya perlukan lima minit sahaja daripada masa  setiap sejam anda bekerja. Tubuh badan kita memerlukan rehat dan cara ini meringankan sedikit bebanan yang anda tanggung. Lakukan regangan, berjalan dan bermeditasi. Cara begini juga mengelakkan anda daripada mudah merasa tertekan sekali gus memberi keceriaan kepada diri anda sendiri. Selain senaman, anda juga boleh mengamalkan pengambilan vitamin B bagi membantu mengekalkan tenaga dan meningkatka prestasi seharian kita.



7. Guna kaedah tangga
- Bukankah sihat jika kita amalkan menaiki tangga berbanding lif atau eskalator? Disebabkan di tempat aq belajar nie banyak tangga, so aq akan manfaatkan tangga yang ada sebaik mungkin untuk kekal sihat. Untuk pengetahuan anda, jika anda menaiki 10 anak tangga, jantung anda sudah mula berdegup. Inikan pula jika jumlahnya lebih banyak. Pasti boleh mengeluarkan sedikit peluh. Ini adalah antara senaman paling mudah untuk dilakukan kerana hanya memerlukan diri anda dan tangga sahaja. Sambil kita menuju ke destinasi kita, pada masa yang sama kita juga boleh bersenam. 



8. Berjalan
- Seronok bukan jika sambil kita berjalan, kalori kita juga akan hilang. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan. Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya, termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang. 



9. Senaman bangun tidur
- Senaman ini agak sukar dilakukan. Namun, inilah waktu yang paling efektif untuk membuang lemak. Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan lima kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50 kali setiap sesi. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik.

Pemakanan yang seimbang dan senaman adalah dua faktor utama untuk mencapai kesihatan yang optimum. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras triglisedia dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan. Jadi, jika anda ingin kelihatan sihat dan cantik, anda perlulah mengorbankan sedikit masa serta mencabar diri anda untuk melakukan amalan gaya hidup sihat ini. Bukan untuk kebaikan orang lain, tetapi untuk diri anda juga sendiri.
Renung-renungkan, sekian sahaja entry saya pada kali ini......

Tuesday, 26 November 2013

AMALI MAKMAL 1

Assalamualaikum..

Entry kali ni aq nak cerita sedikit mengenai Amali Makmal 1 yang telah berlangsung baru-baru ini.
Semasa ujian berlangsung, tiba-tiba je PC aq meragam, aq rasa nak jerit je, tapi kalau aq jerit pun masalah takkan selesai..
Nasiblah, aq ada bawak laptop sendiri, pada mulanya aq x nak gune laptop aq, sbb aq malas nak bukak
tapi disebabkan PC yang aq gune tu meragam, so terpaksalah aq guna laptop aq jugak..
Disebabkan aq nervous dan stress sebab masalah PC tu, aq terus blank dan tak tahu nak buat apa.
Tapi aq cuba juga memaksa diri aq untuk ingat balik ape yang sir azzwan dah ajar kita orang dalam kelas.
Hari sebelum amali makmal tu, aq adew buat latihan amali makmal dengan kawan aq kat libry, malam sebelum amali makmal tu pun aq buat latihan lagi sampai lewat malam.
Tapi, waktu amali makmal aq terus lupa banyak step, maybe sebab aq terlalu memikir n tidur lewat.
so, sebab tulah aq blank tiba-tiba..
Sir, saya minta maaf sangat2 dekat sir kalau saya telah kecewakan sir dan tak dapat buat yang terbaik.
In Shaa Allah, amali makmal 2 ni saya akan berusaha untuk buat yang terbaik.
Tapi, saya bersyukur sangat dapat masuk kelas sir, sebab dengan sir saya dapat belajar banyak benda, selain daripada pelajaran aplikasi komputer, saya pun dapat belajar tentang kehidupan daripada sir, walaupun pada mulanya saya takut nak masuk kelas sir, tapi lama-lama saya rasa macam rugi budak kelas lain sebab tak dapat belajar dengan sir.
In Shaa Allah segala ilmu dan nasihat yang sir telah curahkan pada saya, saya akan cuba aplikasikan dalam kehidupan saya nanti.
Sekali lagi, saya ingin memohon maaf kepada sir tentang amali makmal 1 kerana saya tidak dapat buat yang terbaik...

Sampai di sini sahaja entry saya pada kali ini. Sekian..



KEJUJURAN DALAM PERHUBUNGAN

Assalamualaikum



Apa itu kejujuran? Kejujuran membawa banyak maksud. Antara maksud kejujuran yang sering kita dengar adalah  tidak berbohong. Tapi, bukan itu sahaja, kejujuran juga membawa maksud dari segi tiga unsur iaitu:

Kebenaran - Kejujuran adalah apa yang dikatakan adalah benar
Kebaikan - Kejujuran adalah apa yang dikatakan adalah sesuatu yang baik
Berguna - Kejujuran adalah sesuatu yang diberitahu adalah sesuatu yang berguna dan bermanfaat

Kejujuran juga meliputi pemikiran, perkataan dan perbuatan yang benar, baik dan memberi manfaat. Ok, entry aq kali ini, aq nak share dengan korang pasal kejujuran dalam perhubungan. Perhubungan dengan siapa? Perhubungan dengan sahabat.... Alangkah bahagianya jika persahabatan kita dengan sahabat-sahabat kita disulami denga sikap kejujuran. Ini akan mengeratkan lagi ikatan persahabatan serta mengukuhkan lagi kepercayaan  kita terhadap sahabat kita. Sebagai sahabat yang baik, kita kenalah sentiasa jujur dalam persahabatan kita.

Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran, namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. Namun dalam dunia realiti, memang susah untuk kita mencari sahabat sejati kerana, keabanyakkannya mereka akan berada di samping kita ketika kita gembira sahaja, tetapi apabila kita berada dalam kesedihan, mereka akan lari jauh meninggalkan kita.

Tetapi, bagi aq, sahabat baik aq iaitu Nur Faradilla sentiasa ada di samping aq, tak kiralah aq gembira atau bersedih. Walaupun kita orang jarang umpa, tapi hubungan persahabatan aq dan dilla tak pernah terputus. Kami da macam adik-beradik da sebab sentiasa berkongsi cerita, masalah, dan rahsia bersama-sama.

Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandas dengan jiwa yang bersih. Malah Rasulullah SAW pernah bersabda, " Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih daripada kamu mengasihi diri sendiri." Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam Islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah sama-sama merenung dan mengamalkan hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab bimbingan Mukminin - Imam Ghazali ini.






Knowledge cannot replace friendship,
I'd rather be an idiot than lose you


 Sekian sahaja entry aq kali ini... Wassalam





PERKAHWINAN

Assalamualaikum 




Ok, topik entry kali nie aq nak share sikit dengan korang pasal kahwin.. Mesti ramai yang dekat luar sana yang excited gila bila dengar perkataan ni. Aq, pown da tak pelik da bila dengar orang sebut "aq nak kahwin" sebab sekarang ni da menjadi trend orang kahwin di usia muda. Pendapat aq, aq rasa bagus kalau kahwin muda sebab dapat mengelakkan orang yang bercinta ni daripada terus bergelumang dengan dosa sebab tak mempunyai ikatan yang sah. Lagi pun hati manusia ni bukan boleh tahan dengan godaan duniawi kan. Dalam masa yang sama, bila kita kahwin secara tidak langsung kita telah membina masjid dan syaitan-syaitan semuanya menangis kerana mereka gagal untuk menghasut manusia untuk melakukan zina . Selain itu, Nabi Muhammad juga ada menyarankan umatnya untuk menyegerakan perkahwinan:

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Ok, aq nak share sikit dengan korang pasal kebaikan kahwin di usia muda ni. Antaranya:
1. Tuntutan agama
     
    Dalam Islam juga ada menyarankan umatnya untuk menyegerakan perkahwinan jika telah
     mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk membolehkan kita berkahwin. Lagipun,
     berkahwin merupakan amalan sunnah.
2. Mengelakkan daripada melakukan zina
    Dengan perkahwinan, kita dapat mengelakkan diri kita daripada diselubung dengan 
    gelumang dosa maksiat kerana bila kita berkahwin, kita tidak mempunyai batas untuk 
    melakukan apa-apa dengan pasangan kita kerana kita telah mempunyai ikatan yang sah.
    Tetapi, jika kita masih belum mempunyai ikatan yang sah dengan pasangan kita, kita 
    dilarang untuk melakukan perkara-perkara dan diwajibkan untuk menjaga batas 
    pergaulan.
3. Membaiki diri
    Bila kita berkahwin, kita secara automatik akan berubah ke arah yang lebih baik, seperti 
    kita akan menjadi lebih bertanggungjawab, lebih penyayang, lebih memahami dan 
    lebih bermotivasi kerana kita ingin menggembirakan pasangan hidup kita. Secara serta
    merta juga sikap yang tidak baik akan terhakis dengan sendirinya dalam diri kita bila kita
    sudah mendirikan rumah tangga.
 4. Rezeki akan bertambah
     Apabila kita mendirikan rumah tangga, kehidupan kita akan menjadi lebih senang kerana 
     rezeki akan datang melimpah ruah. Walaupun pada asalnya sedikit, tetapi kelak akan 
     semakin bertambah rezeki tersebut kerana percayalah, Tuhan tidak akan membebankan 
     hambanya lebih daripada kemampuan hambanya.
Jadi, aq rasa sampai di sini sahaja entry aq kali ini. Aq, berharap apa yang share ini, dapat memanfaatkan diri aq dan korang juga. Wassalam.

    

Wednesday, 13 November 2013

AKIRA SHUKRI N HEZ HAZMI

Assalamualaikum..

Hai semua.. sihat? Kalau sihat Alhamdulillah
Ok, siapa kenal mereka???
Oahhhh... adew yg knal.. bgus2
Bagi sesiapa yang tidak mengenali mereka...
Meh aq perkenalkan....
TADA!!!!!!!!!!!!


Inilah mereka, yang baju hitam tu akira n coklat tu Hez
Setiap kali aq bukak youtube mesti aq akan tngok dye orang pnye videolah
Walaupun dye orang bukan artis tp dye orang sangat berbakat
Takkan menyesallah kalau korang layan lagu dye orang sebab BEST...
Meh aq perkenalkan serba sedikit pasal dia orang

Hez Hazmi


Ambil Diploma in science di UITM Arau, Perlis
Asal Kuala Lumpur
Tarikh Lahir 10 Feb 1992

Akira Shukri


Minat bidang nyanyian tapi belajar kos lakonan
lahir pada 23 Ogos 1992
Fobia gemuk dan cinta
Asal Kajang
"Anak Mak", agak tak malu, berani tp kadang2 penakut
Low profile n slumber

Ok, aq harap korang dengarla lagu2 mereka
BEST tau, gerenti takkan menyesal punyalah
Ok, sampai di sini sahaja entry aq kali ini
Sebelum ending, aq nak bagi lg gmbar2 dia orang
NAH!!!!!!!!!!






Tuesday, 12 November 2013

IPK

Assalamualaikum..

Entry kali nie, aq nak story morry dekat korang pasal seketeriat aq iaitu Seketeriat Integrasi dan Perpaduan Kaum (IPK). Walaupun seketeriat kita orang semua ahli dia perempuan  dan hanya ketua dia sahaja lelaki iaitu abang yougan tapi kita orang tetap happy. Dah macam-macam aktiviti yang seketeriat kita orang join dalam kolej kita orang. Aq happy la dapat masuk seketeriat ni sebab melalui seketeriat ni aq dapat tahu macam-macam budaya dan adat daripada bangsa-bangsa lain sebab seketeriat kita orang akan join setiap aktiviti yang banyak melibatkan budaya dan adat dalam setiap bangsa yang ada dekat Malaysia nilah.. Macam hari tu seketeriat kita orang join pesta tanglung.. Seumur hidup aq, aq tak pernah pegang tanglung, tulah kali pertama aq pegang tanglung dan aq tahu serba sedikit macam mana orang-orang cina ni menyambut perayaan tersebut.. ni aq masukkan gambar kita orang semasa pesta tanglung.



Selain daripada pesta tanglung, kita orang ada jugak membuat kolam sempena perayaan Deepavali. Sebelum ni hanya dapat melihat saja kolam yang dah siap, tapi malam sebelum kita orang balik untuk cuti midsem, ahli seketeriat kita orang sama-sama membuat kolam, macam-macam idea yang keluar untuk kolam tu, last-last kita orang setuju dengan yang ni...



Walaupun hasil kolam kita orang tak secantik pakar yang buat, tp aq tetap happy sebab dapat merasa buat kolam tu dan yang paling penting sekali dapat buat ngan kawan-kawan aq. Malam ahad baru-baru ni, seketeriat kita orang ada buat jamuan makan dan jamuan menyambut hari lahir ahli yang lahir bulan November. Macam-macam makananlah yang kita orang makan. Ni aq masukkan gambar keletah-keletah ahli seketeriat kami yang happening gila..










Sampai di sini sahaja entry aq pada kali ini.

Tuesday, 5 November 2013

STRESS

Assalamualaikum...



Huhuhuhuhu...... sedihnya aq sebab banyak gila assingmnet tak siap lagi..Stressnye aq,rasa nak jerit kuat-kuat jew, tapi nak buat macam mana bukan salah sape pon aq x siap assingment lg, salah aq jgak sebab malas..lagi satu aq terpangruh mlayan movie sbab tulah banyak assingment aq yg tertngguh. Da la skunk nie tngah cuti midsem, tapi aq tak balik pun, alasan aq sebab nak buat assingment . Tapi kalau aq malas je, sia-sia jewla aq tak balik rumah.. Lagi satu yang memeningkan aq sekarang nie, lpas cuti nie aq ade exam... Da la aq tak buat assingment, study??? lagilah jauh ke belakang. Aq, nie dalah tak pandai nak mebahagikan masa.. Aq nie ada satu habit yang suka  buat kerja last minute, last-last aq jugak yang stress sebab banyak kerja yang tertangguh. So, dari sekarang aq kenalah menyusun jadual waktu aq, supaya dapat siapkan assingment n ade masa untuk aq study.. bukan setakat susun jadual je, tapi kena susun dan laksanakan jugak...
Oklah, sampai di sini sahaja entry aq pada kali ini, Doakan aq supaya aq x malas-malas lagi n wish me luck in midterm...
Bubye, nak buat assingment dulu.....

HUSNUZON

Assalamualaikum...

Ok, entry aq pada kali ini, aq nak share dengan korang pasal HUSNUZON. Mesti korang terpikir-pikir apalah maksud HUSNUZON tu. Meh sini aq terangkan maksud perkataan tu. HUSNUZON tu membawa maksud bersangka baik kepada orang lain. Perbuatan ini sangat dituntut di dalam Islam kerana dengan ini dapat mengelakkan pergaduhan dan juga dapat mengelakkan fitnah sesama kita. Kadang-kadang aq selalu jugak bersangka buruk dengan orang lain. Tapi, aq tahu semua manusia takkan terlepas daripada melakukan kesilapan kerana manusia tidak sempurna. Tapi itu bukan alasan untuk kita terus melakukan kesilapan, kita kenalah sentiasa berusaha mengelakkan diri kita daripada melakukan kesilapan dan salah satu daripadanya adalah dengan sentiasa bermuhasabah diri kita. Sambung balik dengan tajuk entry aq pada kali ini, Terdapat banyak hadis dan ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita supaya kita menjauhi perbuatan berprasangka buruk. Antaranya:

 Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain…”
 
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

Dalam ayat di atas, ada menasihatkan kita supaya jauhi diri kita dirapada sentiasa berprasangka buruk kerana sebahagian daripada perbuatan berprasangka buruk adalah berdosa. Ayat di atas juga melarang kita daripada melakukan perbuatan tajassus iaitu perbuatan yang suka mencari kesalah orang lain.

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : 
  “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Salah satu kesan daripada perbuatan berprasangka buruk adalah akan menimbulkan fitnah. Ini kerana, apabila kita berprasangka buruk, kita tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh dan ini dikhuatiri akan menimbulkan fitnah. Dosa membuat fitnah adalah lebih besar daripada dosa membunuh. Nauzubillah, marilah sama-sama kita berusaha memperbaiki segala amalan kita supaya kita tidak akan tergolong dalam kalangan seperti ini. Antara fadhilat bersangka baik adalah:

1. Mengelakkan manusia dan ummah daripada berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan    
    masyarakat dan negara. 


2.  Dapat membersihkan hati daripada titik-titik hitam dan mencegah perkara-perkara mungkar daripada 
      terus bersarang di hati kita.



3. Selalu merasa bahagia atas kejayaan yang dicapai oleh orang lain walaupun diri sendiri belum berjaya


4. Hubungan persaudaraan dan persahabatan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas daripada bersangka
    buruk, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan yang baik-baik sahaja. Sudah pasti hatinya 
    bertambah cinta pada saudaranya itu dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesamam manusia.


Tak rugi pun kalau kita sentiasa bersangka baik kerana setiap kebaikkan ada dibalas dengan ganjaran yang baik tak kiralah cepat atau lambat. 

Apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.
Apabila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.
Apabila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. 
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.
Beringatlah wahai sahabat, kita kenalah sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara yang berlaku kerana pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita juga kenalah mengubah diri kearah kebaikkan bermula dari sekarang, tak perlulah secara drastik, hanya bermula dengan perlahan-lahan dahulu, kerana sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Marilah sama-sama menjadi calon ahli syurga... Wallahualam. sekian sahaja entry saya pada kali ini...
Renung-renungkan dan selamat beramal.