Saturday, 26 October 2013

PLKN

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...



Ok, entry aq kali ni aq nak cerita pasal PLKN... Kebanyakkan orang bila dengar pasal PLKN nie, mesti cakap tak best la, letih la, penat la sebab banyak aktiviti, sebab banyak kawad la, macam-macam la alasan dia orang pasal kenapa dia orang tak suka kalau dapat masuk PLKN. Sama juga macam aq waktu mula dapat tahu aq dapat PLKN. Memang nak menangis jew rasa tapi apakan daya nama dah terpilih nak buat macam mana lagi sebab kalau nak tolak mesti kena ada alasan yang munasabah contonya macam sambung belajar, tapi kalau aq, takkan la aq tak nak masuk PLKN sebab aq tak minat. So, aq pown pergilah dengan terpaksanya.. Aq dapat PLKN dekat Kem PLKN Hijrah Penor, Pekan Pahang.


Tapi, setelah aq menjalani program latihan khidmat negara nie, aq rasa ruginya kalau sapa tak dapat PLKN dan aq rasa aq nak tabik jew dekat kerajaan sebab buat program macam untuk remaja-remaja sebab banyak benda aq belajar dekat sana, selain daripada dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Aq juga dapat ramai kawan-kawan baru.






Walaupun jadual kat PLKN tu padat tapi aq tak rasa penat pown sebab setiap masa aq dapat belajar sesuatu yang baru dan dapat buat benda yang aq tak pernah buat. Banyak aktiviti yang kita orang buat masa menjalani latihan khidmat negara ni. Antaranya:


1. Melepasi air dengan menggunakan tali


2. Memanjat tembok


3. Menembak


 4. Flying fox


Walaupun aktiviti ni mencabar, tapi aq suka sebab dapat menambahkan lagi kebernian aq dan mendisiplinkan aq. Pejam celik, pejam celik da tiga bulan aq menjalani latihan khidmat negara. Rasa sayang pula aq nak tinggalkan kawan-kawan dan cikgu aq kat PLKN uh.. Walaupun sedih, tapi kita orang kena berpisah, sebab setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Tapi tak semestinya berpisah takkan berhubung selamanya. Kita orang berhubung walaupun masing-masing dah jauh. Last day dekat kem PLKN, semua orang menangis termasuklah budak-budak lelaki sebab sedih nak berpisah ngan member... Walaupun pertemuan kita orang hanya singkat iaitu selama 3 bulan, tapi aq rasa satu kenangan yang cukup bermakna buat aq..

  


Begitulah kisah aq sebagai seorang pelatih di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


  Sekian sahaja entry aq pada kali ini. Wassalam




Friday, 25 October 2013

TANGGUNGJAWAB

Assalamualaikum semua....



 Ok, entry aq pada kali ini pasal tanggungjawab.. Bagi pendapat aq, semua orang   yang hidup kat dunia nie pasti ada tanggungjawab masing-masing yang perlu digalas.. Tak de sorang pon yang terkecuali, cuma semua orang mempunyai tanggungjawab yang berbeza.. Begitu juga aq, aq pown banyak tanggungjawab yang perlu aq laksanakan dan galas selagi aq diberi pinjaman nyawa oleh yang berkuasa untuk meneruskan kehidupan dimuka bumi ini. Jika aq tidak melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab ini, aq akan dipersoalkan di akhirat kelak. Antaranya ialah tanggungjawab aq sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang hamba Allah, seorang sahabat, seorang kakak, seorang rakyat Malaysia dan seangkatan dengannyalah.. Tapi hari ini aq bukan nak cerita semua sekali, sebab kalo semua sekali mau tak terdaya aq nak menaip. Aq just nak explain beberapa tanggungjawab sahaja.. Antaranya:

1. Tanggungjawab sebagai seorang anak


Sebagai seorang anak, aq kenalah sentiasa mentaati dan menghormati ibu bapaku. Selain itu, aq juga     kenalah sentiasa menggembirakan kedua orang tuaku, tak de siapa yang sanggup tengok mak ayah dia orang bersedih. Samalah juga macam aq. Selain itu, aq juga perlulah sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kedua ibubapa ku. Aq pown kena penuhi segala harapan mak dan ayah aq.. Walaupun sebesar mana  pon harapan dia orang, aq akan tetap berusaha untuk memenuhinya sebab kalo aq berjaya bukan sahaja mak ayah aq gembira, aq pon tumpang sekali.


2. Tanggungjawab sebagai  seorang pelajar


Sebagai seorang pelajar, aq kenalah sentiasa berusaha untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam setiap bidang aq ceburi.. Aq juga kenalah menghormati insan-insan yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada aq kerana jika tiada mereka, siapalah aq..


3. Tanggungjawab sebagai seorang sahabat

Sebagai seorang sahabat yang baik, aq kenalah menghargai kawan-kawan yang ada di sekeliling aq. Jika mereka mempunyai kekurangan, aq kenalah menegur dengan cara yang sepatutnya dan bukan cuba untuk merendahkan mereka kerana sahabat yang baik takkan membiarkan kawannya keseorangan .... Jika mereka bersedih, aq akan sentiasa berada di samping mereka dan menjadi pendengar yang setia untuk mereka jika mereka mempunyai masalah...

4. Tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah

Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab yang berat kerana jika aq tak menjalankan tanggungjawab ini aq akan dipersoalkan di akhirat kelak.. Sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini, aq haruslah sentiasa mentaati perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Aq juga kenalah sentiasa berpesan-pesan dan seniasa ingat-peringatkan antara sesama hamba supaya tidak terpesong dari landasan yang betul..

Sekian sahaja entry aq pada kali ini

Sunday, 20 October 2013

HUBUNGAN SEBELUM BERKAHWIN

Assalamualaikum

Hai semua dan selamat malam.. Ok malam nie aq nak share sikit dengan korang pasal pendapat aq tentang hubungan sebelum kahwin ni atau nama lain dia kapel la.... Memang x dinafikan, kebanyakkan remaja-remaja zaman sekarang nie dah ada pasangan masing-masing... Tak pelik kalau budak-budak sekolah rendah dah pandai bercintan-cintun nie.. Bagi aq, aq x kisah kalau dia orang nak berhubungan sebelum kahwin ni, tapi yang menjadi masalah bagi aq, cara dia orang berkapel tu, macam-macam cara dan pelik....
Cara orang zaman sekarang kapel tak sama macam orang zaman dulu... Kalau zaman dulu, kurang kita dengar orang buang anak, tapi kalau zaman sekarang, dah tak pelik atau terkejut kalau dengar kes buang bayi sebab dah banyak sangat kes sampai tak terkira..... Orang zaman sekarang dah ramai hilang sifat perikemanusiaan sebab sanggup mebuang darah daging sendiri....





 Kalau orang zaman dulu, kalau dah berkenan atau suka dekat seseorang tu, dia orang mesti terus jumpa mak ayah sebab tak sanggup nak tunggu lama, t kena kebas dengan orang lain pulak kalau lambat. Tapi zaman sekarang dah tak macam tu dah. Kalau zaman dulu, malu je nak keluar berdua atau buat perkara tak senonoh sebab takut nama keluarga kena canang satu kampung, tapi kalau zaman sekarang, tak pelik, sebab bersepah-sepah kes maksiat atau zina, tak kiralah kat kampung atau kat bandar.....





 Aq pernah dengar ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha, dalam ceramahnya, beliau ada menyampaikan bahawa kata Imam Hassan Al Bana, Kalau seseorang itu berkapel, atau berkawan-kawan tak kiralah dah berapa lama kita berpasangan, kita takkan kenal pasangan kita tu sebab yang kita kenal tu adalah lakonan pasangan kita je semata-mata...Aq setuju dengan apa yang disampaikan oleh beliau sebab kalau kita berkapel, mesti kita nak tunjuk yang kita sentiasa perfect depan pasangan kita, walhal kita ada banyak kelemahan sebab kita takut pasangan kita tinggalkan kita.... Ada pepetah Arab menyebut bahawa, setiap yang berperasaan ini sedang berdusta, sebab orang yang berpasangan ni tidak menunjukkan diri dan sikap mereka yang sebenar di depan pasangan mereka.... Dan kalau kita berkapel sebelum kahwin, syaitan akan menjadikan itu sebagai modal penting untuk merobohkan rumah tangga kita di masa akan datang..
Contohnya macam:
1.Contoh kalau kita kahwin dengan pasangan kapel kita, bila pasangan kita melakukan perkara-perkara yang mencurigakan, mesti kita akan fikir-fikir benda buruk pasal pasangan kita..
2. Contoh, kalau kita berkahwin bukan dengan pasangan kekasih kita dahulu, mesti kita akan suka membandingkan sikap suami / isteri kita dengan pasangan kapel kita dahulu.







Jadi, nasihat untuk diri aq dan juga sahabat-sahabat sekalian, kita fikir-fikirkan lah apa yang sepatutnya dan baik buruknya dalam kita melakukan sesuatu perkara......
Sekian sahaja entry aq pada kali ini... Wassalam



Saturday, 19 October 2013

7 MINGGU DI UKM

Assalamualaikum...

Hai semua dan selamat pagi ......
Entry aq pada kali ini pasal " apa yang aq dapat selama 7 minggu di UKM "
Ok, secara jujurnya.. aq stress jugaklah sikit sebab persekitaran dan suasana berubah
Biasanya kalau dulu dekat matrik...........
Pensyarah akan banyak membantu dalam pelajaran, contohnya macam ajar dengan lebih mendalam, tolong buatkan ringkasan nota untuk kita dan sebagainya.
Tapi kalau dekat sini, memanglah pensyarah ada bagi nota, tapi bukan semualah, maklumlah universiti kan, so kena pandai berdikarilah, kalau tak aq akan ketinggalan jauh ke belakang...
Kalau time exam plak, bukan semua yang kita belajar dalam kelas masuk, so aq kenalah merajinkan diri aq untuk ke PTSL untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang apa yang aq belajar.... walaupun waktu dekat matrik dulu aq jarang gila nak pergi libry..
Kalau dekat matrik dulu atau waktu time sekolah dulu, senang je kalau nak jumpa pensyarah atau cikgu,
tapi kalau dekat universiti susah sikit, sebab kebanyakkan pensyarah selalu busy dan kena buat appointment sebelum nak jumpa seseorang pensyarah tu....
Aq jugak tak dapat meluangkan masa aq dengan kawan baik aq macam waktu2 sekolah dulu. Walaupun kita orang sama fakulti, tapi susah gila nak berjumpa sebab masing- masing jadual lain-lain....
Tapi bukan semua perubahan dekat universiti ni yang membuatkan aq stress, ada juga terselit kegembiraan di sebalik kestressan tu.....
Antaranya, aq dapat jumpa kawan-kawan baru, so aq boleh kenal-kenal dengan dia orang dan dapat menambahkan lagi senarai kawan-kawan aq......
Selain tu, masa belajar pun tak terlalu padat macam waktu dekat sekolah dulu, so aq bolehla, memenuhkan masa yg aq free uh dengan membuat assingment atau merehatkan minda aq yg penuh keserabutan nie..
So, sebagai mahasiswi, aq kenalah memotivasikan diri aq dan pandai menyesuaikan diri aq dengan mana-mana tempat yg aq duduk... Bak kata orang kalau campak kat padang pasir pon boleh hidup....
Aq jugak kena pandai berdikari dan pandai membawa diri aq ke jalan yang sepatutnya dan juga tidak cepat pengaruh dengan mana-mana budaya yang tak senonoh, maklumlah kalau ada dekat UKM ni ja
uh daripada penglihatan keluarga.......
Lastly, sentiasalah bermanis muka walaupun ada banyak masalah...
Ok, sampai di sini sahaja entry aq kali ini. Good Morning semua..
Wassalam









                                                        Senyum Tak perlu kata apa-apa

         

Thursday, 17 October 2013

HARI RAYA HAJI

Assalamualaikum

Hai semua. Sebelum aq memulakan cerita aq, aq nak ucapkan dulu dekat korang semua, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Ok, entry aq pada kali ini, aq nak ceritakan dekat korang pasal sambutan raya aidiladha atau nama lain dia raya haji kat kampung aq... Walaupun raya haji tak disambut semeriah macam raya aidilfitri, tapi aq still rasa gembira sebab dapat makan banyak daging.... Tapi dekat rumah aq, kita orang tak masak daging lembu atau kambing, tapi kita orang masak daging arnab.. Sedap, rasa dia ala-ala macam daging ayam la jugak.... Sebelum hari raya menjelang, aq dan mak aq berhempas pulas di dapur untuk menyediakan makanan semasa hari raya. Kita orang masak rendang arnab, nasi hujan panas dan acar timun. Waktu raya haji, tak ramai kanak-kanak yang datang dekat rumah kita orang, hanya kawan-kawan mak dan ayah aq je ramai yang datang, maklumlah raya haji je kan. Selepas asar, aq dan keluarga aq balik ke rumah nenek sebelah emak aq pulak yang perjalanannya hanya mengambil masa selama 10 minit. Suasana dekat rumah nenek aq yang ni lagi meriah sebab semua mak saudara dan bapa saudara aq balik. Macam-macam makanan aq dapat rasa daripada setiap keluarga mak dan bapa saudara aq bawak, contohnya macam laksa, nasi dagang, lontong dan sebagainya lah...  Hari tu jugak kita orang sambut hari lahir ahli keluarga kita orang yang lahir dalam bulan sepuluh termasuklah adik-adik aq.. Malam tu, semua ahli keluarga kita orang berkumpul dan menonton televisyen secara berjamaah sambil meratah satu periuk sup daging mengikut citarasa sendiri. Bagi aq, aq suka pedas, so dalam sup daging aq, aq akan picit lada dan digaulkan bersama perahan asam limau, sedap dia hingga menjilat jari tu.... Tapi yang sedihnya, hari berikutnya iaitu hari rabu, rumah nenek aq da menjadi semakin sunyi sebab semua saudara-saudara aq da balik ke rumah masing-masing sebab sudah kehabisan cuti... Walaupun sedih, tapi aq still happy sebab dapat sambut Hari Raya Aidiladha dengan keluarga aq....

Sampai di sini sahaja entry aq pada kali ini. Sekian..... 

Monday, 14 October 2013

ELEKTRIK

Assalamualaikum........

Selamat pagi semua....... baru-baru nie satu UKM tak de elektrik, aq tak pasti dalam pukul berapa tak de elektrik, tapi seingat- ingat aq dalam pukul 3 petang rasanya... waktu tu aq tengah sedap-sedap baring atas katil, tiba-tiba tak de elektrik, aq ingatkan sekejap je tak de elektrik, sebab kebiasaannya dekat blok aq tu selalu macam tu, tapi rupa-rupanya sangkaan aq  meleset....... aq dapat tahu yang puncanya disebabkan oleh kerosakan suis utama yang berlaku di DECTAR. Waktu tu plak kawan bilik aq tak de kat bilik sebab dia balik rumah (ada hal peribadi), jadi aq tinggal sorang... tanpa fikir panjang aq terus kemas baju dan barang aq untuk menumpang di bilik kawan aq di blok a.... malam tu semua benda yang kita orang buat semua dalam gelap dan hanya ditemani cahaya sebatang lilin, baru la aq thu betapa susahnya hidup mereka yang serba kekurangan dimana rumah mereka tiada elektrik hari-hari, aq ni yang tak de elektrik sekejap pon dah resah...... Sekarang baru aku paham erti kesyukuran dan menghargai apa yang kita ada... kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan elakkan melakukan pembaziran..... contohnya macam elektrik dan air. kita juga kenalah sentiasa menghargai apa yang kita ada.......
sekian sahaja entry aq pada kali ini.....

Tuesday, 8 October 2013

36 JAM

Assalamualaikum..................................

hai semua....... mesti korag tertanya2 apa yang aq maksudkan dengan 36 jam uh kan. sebenarnya 36 jam uh sebenarnya adalah satu event iaitu senam seni 1 Malaysia selama 36 jam tanpa henti yang telah memecahkan rekod malaysia dan tersenarai dalam senarai Malaysia Book Of Record (MBOR)..... aq x dela join menari, tapi aq telah dipilih sbagai sukarelawan...... Aq ditugaskan di bahagian pemberian pakaian kepada peserta...aq engatkan ni kerja paling senang dalam event, tapi sangkaan aq salah sebab tugas ni adalah antara tugasan paling susah sebab kena hadap dengan orang ramai, mana lagi nak kena marah dengan dia orang, mana lagi nak dengar karenah dia orang yang nak tukar saiz bajulah, tulah, nilah, pening kepala aq dibuatnya.... tapi alhamdulillah berjaya jugak aq selesaikan tugasan aq...... aq dan kawan2 aq da start bertugas malam jumaat lagi..... sebab tulah banyak assingment aq yang  tak berapa nak complete.... hehehehehe...... penat gila sebab kita orang kena bertugas setiap masa, non stop kecuali waktu nak makan n solat...... mandi pown sekali sehari jew sebab x sempat (kantoi) ..... tapi aq x kisah sebab bukan aq sorang je macam tu, kawan aq pown sama jugak..... walaupun tugasan aq nampak macam senang bak kata orang celah gigi je, tapi aq kena banyak bersabar sebab nak kena puaskan hati semua orang dan menjaga nama baik UKM di mata pihak luar...... tapi berbaloi jugak sebab kita orang dapat macam2, contohnya baju free, sijil, bag n banyak lagi lah..... Aq jugak kenal dengan ramai orang yang aq x pernah kenal sblum nie n dapat tambah pengalaman aq, lepas nie kalau join event2 yang besar tak dewla kekok sangat kan......... waktu aq bertugas aq dapat tahu ada dalam 2 orang artis datang join event nie iaitu Bell Ngasri n Amir ( I am sorry ).... tp aq x berkesempatan pown nak bergambar ngan dye orang sbb sibuk uruskan hal baju..... menari pown kita orang dapat join waktu lagi 30 minit sebelum habis majlis, dapat lah jugak aq menari dan countdown sebelum majlis tamat...... tarian dia x dewlah susah sangat n tak delah senang, tengah-tengah la.... aq ni dah lah tak berapa  pandai  nak menari, tangan keras pulak tu, tapi try la juga sikit2 daripada tak try langsungkan......  sampai sini sahaja entry aq kali nie............. bye n good morning

nie aq sertakan sekali gambar2 kami waktu bertugas


Monday, 7 October 2013

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum..............................................................

Good morning semua............................ ok hari nie aq nak kongsi sedikit ilmu aq dekat korang pasal media sosial.......... mesti korang semua da banyak tahu tentang media sosial ni kan, sebab mesti masa sekolah2 dulu cikgu ada suruh buat karangan pasal media sosial tak kiralah kelebihan atau kebaikkan media sosial.... tapi ari ni aq tetap nak share juga dekat korang pasal kelebihan dan kelemahan media sosial.............Melalui pembacaan aq, media sosial ni adalah satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain........  maksud mudah dia macam satu tempat untuk kita share something dengan orang lainla........... antara contoh media sosial macam facebook, instagram, twitter, whatsapp, blog dan seangkatan dengannya la........ Jadi, setiap benda mesti ada kelebihan dan kebaikkannya. begitu jugalah dengan media sosial.............. Ari ni aq nak share dengan korang pasal kelebihan dan kekurangan media sosial..........

Antara kebaikkan media sosial ialah:

1. Dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain
Pendapat aq pasal kelebihan ini ialah, melaui media sosial ni kita dapat menjalinkan hubungan yang telah    lama terputus..... contohnya, biasanya orang gunakam fb ni untuk cari member2 sekolah lama dia               orang..... so dengan adanya media sosial nie, dia orang dapatla contact member lama dia orang yang da lama lost cantact nie

2. Dapat menjana pendapatan
Pada pendapat aq, kebanyakkan pengguna-pengguna media sosial pada hari nie, menggunakan peluang yang ada untuk menjana pendapatan dia orang dengan mengiklankan produk yang mereka jual di media sosial.... dengan kemudahan ini, mereka dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka untuk mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan

3. Dapat berkongsi maklumat
Pada pendapat aq, media sosial nie sebagai tempat untuk berkongsi maklumat kerana, kebanyakkan pelajar atau masyarakat menggunakan media sosial untuk berkongsi ilmu yang mereka ada, dengan adanya media sosial ni, guru dan murid dapat berkomunikasi pada bila-bila masa selain daripada waktu sekolah, majikan dan pekerja dapat berbincang tentang syarikat selepas waktu kerja dan seangkatan dengannya......Jadi, media sosial ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.......

Tetapi di dalam sesuatu perkara mesti ada kelemahannya juga, jadi antara kelemahan media sosial ialah:

1.Masa yang dapat diluangkan bersama keluarga akan berkurang
Bagi pengguna media sosial yang terlalu taksub dengan alat komunikasi ini, masa mereka bersama keluarga akan semakin berkurang kerana mereka lebih banyak meluangkan masa  mereka untuk melayan media sosial ini..... Dan ini akan menyebabkan kasih sayang dalam keluarga akan semakin tipis..... Jika ibu bapa terlalu taksub dengan media sosial ini akan menyebabkan anak2 mereka terabai kerana kekurangan kasih sayang dan ini akan menyebabkan peningkatan dalam gejala negatif dalam kalangan anak2 muda di negara kita..... Sekiranya, terdapat pelajar yang terlalu melayan media sosial ini, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan kurangnya fokus dalam pelajaran

2.Sebagai media untuk menyebarkan fitnah
Terdapat juga kes dimana media sosial digunakan untuk menyebarkan fitnah. Ini akan menyebabkan nama dan maruah sesetengah pihak akan tercemar. Sebagai contoh, dimana jika pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab telah memuat naik gambar yang tidak sepatutnya atau bersifat peribadi ke dalam media sosial tanpa pengetahuan pemilik, ini akan menyebabkan ramai pihak yang tidak mengetahui tentang hal sebenarnya akan berprasangka buruk kepada pemilik.......

Melalui maklumat yang dikongsi ini, saya berharap kita semua dapat gunakan dan manfaatkannya dalam kehidupan kita............  Nasihat saya buat diri anda dan juga kepada diri saya sendiri, janganlah terlalu taksub dengan sesuatu perkara  dan selidiklah sesuatu perkara itu sebelum kita melakukannya kerana semua implikasinya akan terkena pada diri kita juga................................

Tuesday, 1 October 2013

INSPIRASI

Assalamualaikum......................

Hari ni aq nak post pasal inspirasi aq........... setiap orang mesti ada inspirasi masing-masing...... macam tulah juga aq..... inspirasi mempunyai banyak maksud dan salah satu maksudnya adalah sesuatu yang memberi satu cetusan untuk mencapai sesuatu yang leih besar. Bagi aq, dalam menulis blog ini, aq mempunyai seorang inspirasi yang boleh dijadikan sebagai panduan dan menaikkan semangat aq supaya dapat menjadi seperti beliau suatu hari nanti...... Insya Allah.................... Aq suka baca satu blog ini yang diberi nama "Budak Tomato" yang ditulis oleh saudara Nik Haseef Irsyad dan blog ini merupakan inspirasi aq untuk dijadikan sebagai panduan ....................... Blog Budak Tomato ini telah diperkenalkan oleh kawan aq iaitu Nur Farahim Ghani. Katanya, blog ini sangat popular dan penyampaiannya juga bagus untuk dibaca................. Setelah aq meneliti dan mengkaji blog ini, baru aq dapat tahu blog ini mempunyai isi-isi peyampaian yang bagus untuk digunakan dalam kehidupan seharian...........Walaupun cara penyampaian blog ini adalah secara sempoi, tapi setiap penyampaiannya mempunyai maksud yang tersirat dan mendalam............. Isi-isi penyampaian dalam blog ini juga dapat membuka mata dan minda aq tentang perkara-perkara yang aq tak pernah tahu sebelum ni, dan juga perkara-perkara yang aq pandang remeh sebelum ni........... Aq memuji penyampai blog Budak Tomato ini kerana beliau pandai menggunakan media sosial ini untuk berdakwah dan menyampaikan nasihat- nasihat yang berguna kepada orang ramai kerana kebanyakkan masyarakat di negara kita ini banyak menghabiskan masa mereka dengan media sosial berbanding menghabiskan masa mereka dengan mendengar ceramah di surau atau masjid................. Selain itu, dalam penyampaiannya juga dia lebih mengutamakan Allah dan agama daripada segalanya...................... ini yang membuatkan aq suka untuk terus mengikuti dan membaca segala penyampaiannya di dalam blog beliau............................................ Banyak ilmu- ilmu agama yang aku dapat daripada blog ini yang aq boleh amalkan dalam kehidupan aq dan segala nasihatnya juga boleh aq gunakan untuk dijadikan sebagai motivasi kepada diri aq yang serba kekurangan ini.................. Blog Budak Tomato ini juga tidak terlalu sarat dan hanya simple sahaja.................

Budak Tomato


           Alamat URL Budak Tomato: budak-tomato.blogspot.com

Sampai di sini sahaja yang dapat aq coretkan mengenai inspirasi aq pada entry kali ini..................
Sekian.....................