WOW.......... itulah satu perkataan yang mampu aku ungkapkan tentang perasaan aku apabila aku dapat menyertai kelab xtreme c.......... kelab ni merupakan kelab yang paling terkenal dan selalu disebut-sebut dalam kalangan kelab-kelab yang lain di kolej aku...........Salah satu sebab kelab ni terkenal sebab selalu menganjurkan aktiviti-aktiviti lasak....... Mengikut firasat aku, aku mungkin tidak dapat menyertai kelab ini kerana sebelum menyertai kelab ini peserta dikehendaki untuk menjalani temu duga...... Aku memang tidak berani untuk di temu duga kerana inilah merupakan perkara yang aku rasa paling susah dalam hidup aku kerana aku ni merupakan seorang yang kurang keyakinan diri, kurang kemahiran komunikasi dan malu (bukan pada tempatnya).....tetapi aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai kelab ini................. Setelah aku dipilih untuk menyertai kelab ini, aku dan ahli-ahli kelab xtreme c yang baru akan menjalani satu aktiviti pra- interaksi untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kelab ini............. kami semua akan menawan puncak Bukit Broga yang merupakan aktiviti lasak yang pertama di dalam kelab ini bagi kami.......................... pandangan pertama aku tentang Bukit Broga ini, ermmmmmmmmmmmmm... aku rasa bukit nie tak delah mencabar sangat untuk aku tawan, bak kata orang " small matter la"....................hahahaahahahaha ( berlagak betul ).............
Pada 28 September 2013, bermulalah aktiviti kami iaitu menawan puncak Broga........kita orang semua bertolak ke Bukit Broga pada pukul 4 pagi...... Setelah sampai di Bukit Broga, aku merasakan yang pandangan aku tentang Bukit Broga ni da tersasar sebab setelah meneliti bukit dengan jarak yang dekat, baru aku tahu, kalau orang yang tiada stamina yang kuat takkan berjaya untuk menawan bukit ini kerana bukit ini mempunyai banyak puncak tinggi yang perlu dilalui sebelum sampai ke puncak yang terakhir. Lereng- lereng dekat bukit ni semua curam dan menyeramkan sebab banyak batu-batu yang tajam.......... Walaupun aku takut untuk menawan Bukit Broga nie, tapi perasaan aku yang ingin tahu tetang Bukit Broga yang berkobar-kobar dan dorongan daripada rakan-rakan, aku menjadi lebih bersemangat untuk meneroka khazanah alam ciptaan tuhan ini........ dan ini merupakan pengalaman yang paling manis yang aku lalui kerana inilah merupakan pengalaman pertama aku menawan bukit dan aku berjaya sampai ke puncak............... Alhamdulillah, walaupun aku penat, tapi aku berasa puas kerana di puncak bukit tersebut, aku dihidangkan dengan pandangan yang memukau mata dan membuka pandangan aku bahawa indahnya alam ciptaan tuhan ( Subhanallah )............. Aku juga dapat mengeratkan lagi hubungan aku dengan ahli-ahli kelab yang lain kerana kami saling membantu untuk sampai ke puncak Bukit Broga........................
Di sini aku sertakan sekali gambar-gambar aku dan kawan aku semasa kami berada di puncak Bukit Broga...........................

Pemandangan ketika terbitnya sang suria di Bukit Broga
Pemandangan di lereng Bukit Broga
Kami semua turun dari Bukit Broga pada pukul 11 pagi dan meneruskan perjalanan ke Sungai Tekala......
Perasaan aku semasa berada di Sungai Tekala tidaklah seteruja semasa berada di Bukit Broga kerana semasa di kampung aku selalu mandi sungai........... Walaupun da selalu mandi sungai, tapi aku tetap mandi sebab lagi best kalau dapat mandi dengan kawan-kawan ( kite orang mandi sampai ketar sebab air sungai terlalu sejuk )........................ di sini aku sertakan gambar-gambar kami di Sungai Tekala............................
Kami berada di Sungai Tekala sehingga pukul 3 petang dan pulang semula ke ukm............ setelah pulang ke ukm, aku bergegas untuk ke perjumpaan seketeriat aku iaitu seketeriat integrasi dan perpaduan kaum............. Walaupun aku penat, tetapi aku tetap ingin memberikan sepenuh komitmen aku kepada seketeriat aku..................... kami membuat perjumpaan untuk berbincang tentang hal berkaitan inovasi dan tepat pada pukul 5.30 petang, kami semua keluar ke Kajang untuk bermain boling................. aku sedih sebab bukan semua ahli seketeriat kami dapat pergi kerana mereka semua mempunyai hal-hal tersendiri, tapi aku tetap gembira sebab dapat menghabiskan masa aku bersama dengan dia orang................ Kami semua pulang ke ukm semula tepat pada pukul 10 malam.............................
Sampai di sini sahajalah coretan aku..................................... (smile always)